Strategi Mengaut Keuntungan Dari “Parked Domain”

Strategi ini telah lama diguna-pakai oleh broker domain. Secara ringkas, broker domain akan membeli domain-domain yg hampir sama dengan domain yg popular dan park domain tersebut ke page iklan atau letakkan di dalam laman untuk menjual domain seperti sedo.com. Seperti kes protonedar.com, begitu juga lah yg terjadi kepada salah sebuah domain yg sepatutnya milik aku iaitu www.xoopsmalaysia.com (cuba klik dan lihat sendiri). Domain xoopsmalaysia.com telah dibeli oleh gergasi broker domain. Aku tak tau what exactly their business name, but as i write this entry… mereka dah pun memiliki 188868 parked domain. What a strategy huh…!?

Nasihat kepada semua pengunjung, jika anda mempunyai domain yg mempunyai PageRank yg tinggi di Google dapatkanlah kesemua extension bagi domain tersebut (spt .com/.net/.org)… Untuk xoopsmalaysia aku dah pun daftarkan .org, .net, .info & .biz (.com tak sempat sebab dah dikebas)… Ini termasuklah domain sumardi.net aku dah dapatkan sumardi.com (boleh masuk blog ini guna domain ni jugak).

Nak jadi broker domain? Senang kalau nak jadi broker domain… Apa yg anda perlu buat hanya miliki domain (harga 1 domain dlm $8-$10) yg berpotensi untuk popular (biasanya dengan dotcom yg populariti tinggi) dan senaraikan domain tersebut di laman web sedo.com untuk dijual. Biasanya domain-domain ni dijual dlm harga $1000 - $5000… lumayan kan?

Aku ada buat sedikit kajian berkenaan harga domain yg mereka jual. Aku cuba cari domain yg mempunyai perkataan “malaysia”. Berikut adalah beberapa senarai domain yg sedang dijual dipasaran:

bankmalaysia.com - 6,500 $US
malaysian.biz - 1,500 EUR
skymalaysia.com - 2,000 $US
malaysiasex.info - 100 EUR
malaysia.fm - 8,000 $US
visitmalaysia.us - 600 EUR
malaysiacredit.com - 6,500 $US
travelmalaysia.info - 1,000 $US
emalaysian.com - 100 $US
spiritofmalaysia.com - 5,000 $US
westmalaysia.com - 5,000 $US

# protonedar.net belum didaftarkan… register cepat kalau nak jadi broker domain… :D

One Response to “Strategi Mengaut Keuntungan Dari “Parked Domain””

  1. aku pun dah ada domain sendiri.. http://www.pet.com kah..kah

Leave a Reply