Catatan 2 Hari Tanpa Update
# catatan ringkas 2 hari tanpa update
Makan Di Restoren Hutan-Rimba-Tropika
Malam rabu makan di restoren hutan-rimba-tropika (bukan nama sebenar). Aku panggil restoren ni hutan-rimba-tropika sebab aku tak tau nama sebenar restoren tu. Restoren open-air ni berkonsepkan hutan. Kalau kita duduk kat situ rasa sikit mcm duduk dlm hutan… Asalkan kita tak pandang ke tepi atau ke atas… Sebab kalau kita pandang ke tepi, kita akan nampak Jalan Raya dan kalau kita pandang ke atas pulak nampaklah spotlight. So, mood ala tarzan tu dah hilang. :D… Lagi satu, restoren ni ada tempat untuk kita berkaroake. Dikenakan bayaran untuk setiap lagu yg kita nak nyanyi. Kalau datang Shah Alam singgah lah restoren hutan-rimba-tropika (diingatkan sekali lagi, ini bukan nama sebenar). Aku datang ke sana dengan kawan-kawan yg datang bertandang untuk menghadiri majlis konvokesyen mereka.
Pecah Rumah
Pagi khamis gempar sikit kat blok tempat aku tinggal ni. Sebab rumah jiran sebelah dipecah masuk oleh seorang penghuni blok ni juga. Tapi nasib baik lah polis cepat sampai untuk tangkap budak tu. Kata orang budak tu mmg selalu pecah masuk rumah orang. Tu mmg dah kerja dia. Keluar masuk balai polis memang dah biasa bagi dia. Tak hairan lah. Dadah/ganja/syabu adalah sarapan harian dia.
Visit Ke IBM
Petang khamis pegi IBM. Sebelum tu singgah sekejap di INTAN. Di IBM aku menemuramah seorang wakil IBM berkaitan tentang Enterprise Framework. Pemilihan IBM memang amat sesuai dengan tujuan & maklumat yg dikehendaki. Kerjasama daripada wakil IBM amat memuaskan hati. Banyak info yg aku dapat hasil daripada pertemuan ringkas yg telah dibuat. IBM sudah 45 tahun beroperasi di Malaysia. Maknanya sebelum Malaysia dibentuk IBM dah beroperasi di Malaya (ketika itu). Ingat IBM Ingat Business Solution.
Law Of Good Samaritan
Terbaca blog DoBoT dan aku terjumpa URL tentang Good Samaritan. Aku juga bukan peminat bidang Law. Aku mendengar tentang Good Samaritan ni daripada cerita “Love Story In Harvard” (Korean TV Series). Di kebanyakan negara inggeris, undang-undang yg dipanggil “Good Samaritan” ini adalah untuk melindungi mereka yg merawat seseorang yg di dalam kecemasan. Mereka mungkin boleh di dakwa sekiranya rawatan mereka telah menyebabkan kematian atau serious injury kepada org yg dirawat. Law Of Good Samaritan melindungi mereka ini daripada di dakwa dan mengalakkan orang untuk bersikap tolong-menolong. Tak tau kalau Law Of Good Samaritan ni wujud di Malaysia atau tak. Baca lanjut Law Of Good Samaritan
Go! Go! Chaiyok…
Hari-hari mendatang akan lebih sukar buat aku… ToDo List untuk tahun ni mmg pack. Kenalah berusaha lebih sikit (baca banyak). Chaiyok = Berusahalah…
Happy Malaysia Day
Selamat menyambut ulang tahun pembentukan Malaysia. Hari ni 16-September, sudah 42 tahun pembentukan Malaysia. Malaysia dah semakin matang.
Posted on September 16th, 2005 by SMD
Filed under: Journal
I am a Free and Open Source Software lover, advocate. I would like to see Open Source grow, and more users being able to use and understand it. I would like to continue to become a part of this growing community, and to grow with it! 



Kalau jumpa lagu theme Love Story in Harvard tu bgth la aku.. aku suke lagu tu.. romantik n syahdu gitu.. haha kalau jumpa bgth aku tau!!
GDsphere,
lagu + movie “Love Story In Harvard” tu ko boleh dapat daripada laman web ni…
Click Here
# aku tak pernah miss cerita ni…
hari ni baru bleh ckp selamat hari malaysia.
sumardi…..ari tu mati2 aku igt lagu hantu……rupe2 nye lagu korea…..buat takut aku je..sblum tu aku tgok VC org kene histeria…..that’s why aku seram dgar music jelas tak jelas…..
ok..kalu ko download citer tu n burn..jgn lupe bg aku pinajm..kay…..
* promote citer ni “i’m sorry,i love u”
best @%#$@$@%sedih maaaaa….
ada kah ko ckp OST “Love Story In Harvard” mcm lagu hantu… ish ish… dok patut betul lah mung ni NoOr…
aku tak pandai lah nak download torrent… dengar dari web doBot jak…