Pesanan Seorang Rakan

sms_pojie.jpg3 hari lepas aku menerima sms daripada seorang kawan dan juga classmate aku. Mesej ini aku nak sampaikan buat semua rakan-rakan yang mengenali dia (yang membaca entri ini). Biarlah aku merahsiakan nama dia, biarlah mereka yang mengetahui saja tau siapa dia.

Dia sudah lama tidak datang ke kelas. Rasanya dah seminggu lebih dia tak kelihatan dalam kelas. Semua orang bertanyakan pasal dia. Minggu lepas aku ada berjumpa dengan dia. Hmmm… Sejak hari tu, masih bermain di fikiran aku “Apa sudah jadi dengan kawan aku sorang ni?”. Bila dengar penjelasan & cerita dia, aku sedikit tersentuh… Mungkin tak semua tau apa masalah dia, tapi aku rasa dia seorang yg tabah menghadapi dugaan dari Allah.

Seperti kata dia, mungkin semua orang lihat keceriaan dalam diri dia… Tetapi siapa tau keceriaan yang terpacar tu terselit kedukaan. Mungkin dia masih tidak dapat melupakan pemergian orang tersayang. Tapi aku masih tidak bersetuju jika dia mengambil tindakan menjauhkan diri dari rakan-rakan sebagai jalan penyelesaian. Aku tetap berharap dia tidak mengambil keputusan mengabaikan pelajaran. Mungkin dia rasa diri dia yang paling malang. Tapi dia tak tau ada lagi orang yang bernasib kurang baik daripada dia.

Semasa berjumpa dia minggu lepas, secara peribadi misi aku adalah untuk membawa dia kembali ke kelas. Tapi… hingga ke hari ni, dia masih tetap berkeras. Aku lah yang akan berasa kecewa sebab gagal menyelamatkan seorang kawan. Hilanglah nilai persahabatan, jika kawan-tak-tolong-kawan.

Jika dia membaca entri ini, aku harap dia terbuka hati berubah untuk kebaikan diri. Pesanan aku kepada dia, jangan toleh kebelakang. Bergerak ke hadapan. Jadikan kisah silam sebagai kenangan. Apapun, aku tetap mendoakan semoga dia sihat & berjaya dengan apa jua yang dia lakukan.. May Allah Bless You! Friend

2 Responses to “Pesanan Seorang Rakan”

  1. harap perkenalan yang kita di alam maya ini akan berterusan walaupun tak perna tengok muka….amin.

  2. Insyallah dobot. Satu masa nnt kita bertemu jua… :D

Leave a Reply