Pemikiran Analitikal

Berfikir secara analitikal dilihat dari daya usaha hendak melihat sesuatu itu secara lebih terperinci. Analisis ialah proses memecah-mecahkan masalah besar kepada bahagiannya yang lebih kecil supaya dapat ditangani (big-to-small). Apabila berfikir dengan menggunakan analitikal matlamatnya ialah membuat huraian terperinci berkenaan sesuatu idea ataupun perkara, mencari persamaan, perbezaan, mencari punca-punca sesuatu masalah ataupun kejadian, menyusun maklumat-maklumat ke dalam kumpulan-kumpulan, membuat pelbagai tafsiran, mencari perhubungan antara perkara-perkara, dan mencari kaitan sebab-akibat antara perkara-perkara dan peristiwa-peristiwa.

Berikut adalah soalan-soalan yang dikemukakan penceramah, semasa bengkel (dlm bengkel tu ada slot bertajuk “analitikal”) yang aku hadiri hari ini. Cubalah anda lihat soalan tersebut, kemudian analisa & berikan jawapan yang tepat. Aku akan memberikan jawapan kemungkin esok.

1. Disebelah manakah yang paling baik untuk dipegang gagang telefon atau pemegang cawan?
2. Dimanakah ubi kentang yang paling besar tumbuh?
3. Bagaimanakah anda boleh menjatuhkan sebiji telur ke atas konkrit tanpa memecahkannya?
4. Sekiranya 8 orang mengambil masa 10 jam untuk membina sebuah dinding, berapa lamakah yang akan di ambil oleh 4 orang pekerja untuk membina dinding yang sama?
5. Warna apakah yang membuat seekor lembu jantan marah?

2 Responses to “Pemikiran Analitikal”


  1. JAWAPANNYA?

Leave a Reply