Kaedah Menghapuskan Virus Kangen

Virus Kangen dicipta di Indonesia (Made In Indon) dan dinamakan Kangen sebab komputer yang terjangkit akan menampilkan lirik lagu Kangen oleh Dewa 19 (penyanyi indonesia). Norman Antivirus menamakan virus ini sebagai W32/Kang.A keluaran April 2005 dan W32/Kang.C (Kangen Edisi Baru) keluaran Julai 2005. Cara kerja virus ini sama seperti virus MyHeart cuma terdapat sedikit perbezaan. Kangen tersebar melalui floppy disc, pen-drive, network atau email. Fail yang terjangkit akan mirip seperti MS Word (di lihat pada ikon infected file) dengan extension name .EXE (contoh: kangen.exe). Kangen tidak boleh tersebar secara automatik melainkan pihak ketiga menjalankan infected file tersebut.

Kangen akan membuat tiga fail pada direktori sistem.
i) CCAPPS.EXE (hidden file dengan icon MS.Word, ukuran file 64KB)
ii) Winlog (hidden file)
iii) Kangen.exe (icon MS.Word dengan ukuran file 2kb)

Kangen juga akan menambah 2 buah value pada registry dengan nama :
* CCAPPS
* LoadService
pada lokasi registry :
HKEY_LOCAL_MACHINE\Software\Microsoft\Windows\Current_version\Run

Kaedah Penghapusan Virus Kangen (W32/Kang.A sahaja)
Jika anda memerlukan proses pembersihan yang cepat, install program antivirus Norman Virus Control lakukan update (April 2005), kemudian scan komputer anda dan clean semua file yang terdeteksi sebagai W32/Kang.A.

Sumber Rujukan:
1. http://www.vaksin.com/kangen_artikel.htm

Kaedah Penghapusan Virus Kangen (W32/Kang.C sahaja)
Virus ini telah dikesan oleh Symantec Norton Antivirus dan diberi nama Trojan.Kangenie. Ini adalah versi virus yang telah diperbaharui (lebih banyak sistem yang boleh dijangkiti). 4 langkah untuk membuang virus ini (cara mudah menggunakan Norton Antivirus) ialah:
1. Disable System Restore
2. Update Virus Definition (Norton Antivirus)
3. Run a full system scan and delete all the files detected.
4. Delete any values added to the registry.

Sumber Rujukan:
1. http://securityresponse.symantec.com/avcenter/venc/data/trojan.kangenie.html
2. http://www.vaksin.com/w32_kang_c.htm

Kesimpulan:
Virus kangen terdapat dalam dua versi Kang.A & Kang.C. Teknik penghapusan bagi kedua-dua versi ini adalah berlainan. Web rujukan kaedah penghapusan disertakan. Selamat menghapuskan virus Kangen. :D

3 Responses to “Kaedah Menghapuskan Virus Kangen”

  1. Bila agaknya orang Malaysia nak buat virus yang buleh mengempar dunia? lepas tu letak nama, troj_putrajayei. (sempena nama putrajaya).

  2. sumardi..
    cam ne nk tau dat virus a ke c??die xmention pn kn?even time scan pn die jus detect kangen virus jek..

  3. aiSyAh:

    kalau nak tau A ke C… gunakan NORMAN ANTIVIRUS untuk scan full system. http://www.norman.com

Leave a Reply