Denggi Lagi!

Semburan AsapAWAS! Denggi sudah kembali… Lagi-lagi cerita denggi. Penyakit merbahaya yang boleh membawa maut sebab sehingga kini belum ada ubat atau vaksin untuk mengubati penyakit ini. Penyakit denggi hanya kerap berlaku di kawasan bandar jika di bandingkan dengan kawasan luar bandar.

Terdapat 2 jenis penyakit denggi iaitu Demam denggi klasikal dan Demam denggi berdarah. Demam denggi klasikal biasanya tidak teruk dan jarang menyebabkan kematian. Demam jenis ini juga pernah dinamakan ‘demam patah tulang’ atau ‘breakbone fever’. Demam denggi berdarah biasanya terjadi di kalangan kanak-kanak terutama dalam lingkungan umur 2-13 tahun. Ia sering menyebabkan kematian jika rawatan tidak diberikan dengan segera. Ia juga dipanggil sebagai ‘demam berdarah Filipina’.

Gambar di atas aku ambil semasa proses penyemburan asap mencegah nyamuk aedes. Manusia dijangkiti kuman virus denggi melalui gigitan nyamuk. Virus denggi ini hidup dan berkembang biak di dalam air liur nyamuk. Ia memerlukan masa pengeraman selama 8-10 hari untuk berkembang biak dan terkumpul di dalam air liur nyamuk. Nyamuk yang telah dijangkiti akan terus membawa virus denggi sepanjang hidupnya. Apabila nyamuk Aedes betina menggigit manusia atau haiwan ia akan memasukkan sekali virus denggi yang ada di dalam air liurnya ke dalam sistem aliran darah manusia. Apabila nyamuk Aedes betina menghisap darah manusia yang mengandungi virus denggi ia akan melengkapi kitaran hidup virus tersebut dan menyebarkan kepada orang lain. Penularan virus denggi boleh juga terjadi apabila nyamuk aedes betina sedang menghisap darah orang yang dijangkiti virus denggi diganggu dan nyamuk itu dengan segera menggigit orang lain pula. Ini akan menyebabkan virus yang terdapat dalam belalai nyamuk tersdebut akan masuk ke dalam peredaran darah orang kedua tanpa memerlukan masa pengeraman. Cara ini dipanggil ‘Penularan Mekanikal’.

Manusia —-> Nyamuk —-> Telur —-> Jentik —-> Pupa —–> Manusia

Jagalah kebersihan bagi mencegah pembiakan nyamuk aedes. Ini adalah pesanan khidmat masyarakat. :D Tiada aedes tiada denggi!

One Response to “Denggi Lagi!”

  1. Selain daripada itu, denggi ada 4 strain. Aku tak ingat strain apa. Kita bagik contoh, A,B,C dan D. Jika seseorang dah kena strain C, ia tak akan kena strain C lagik. Ini bermakna, seseorang itu, boleh dijangkiti denggi sebanyak 4 kali.

    tapi, dalam haiwan tak ada denggi la pulak. Malaria ada la.

Leave a Reply