Kenangan Di Asajaya, Kuching

OPKIM 2002Huh! Aku dah mula nak buka cerita dulu-dulu. Tapi tak lah lama sangat, ni cerita 3 tahun lepas. Waktu tu aku belajar di Kuching, aku dapat peluang pegi ke sekolah luar bandar. Belek2 CD koleksi lama terjumpa pulak gambar2 aktiviti masa dulu… :D Aktiviti ni diberi nama Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM). Ia telah dibuat di SMK Asajaya, Kuching selama 2 hari 9 - 10 Febuari 2002. Tugas kami ke sana adalah untuk mengajar peserta2 program ni yang terdiri daripada pelajar sekolah tersebut tentang pengetahuan asas komputer. Aktiviti yang diadakan bukan setakat pengajaran mengenai komputer tetapi ada juga diselitkan aktiviti sukan dan keagamaan. OPKIM 2002OPKIM 2002OPKIM 2002
Waktu tu aku ditugaskan untuk menjaga satu group yang terdiri daripada beberapa org pelajar. Aku bersama sorang lagi yang juga fasilitator program ni. Kami ke sana dengan membawa bersama keperluan dan peralatan komputer sendiri. Sebabnya sekolah tersebut tidak mempunyai kemudahan komputer yang mencukupi. Bayangkan kami kena angkut komputer2 tu, tapi berkat kesungguhan untuk menjayakan program ini semuanya berjalan dengan lancar. Peserta2 ni taklah semuanya tak tau mengenai komputer. Ada juga yang mmg dah pandai menggunakan komputer. Aku ke sana mmg banyak juga dapat pengalaman. Berbekalkan pengetahuan yang ada, aku dapat peluang untuk berkongsi dengan para peserta. Oklah… Setakat ini dulu cerita untuk kali ni, nnt aku sambung pulak cerita masa opkim ke-2. Kalau nak tengok gambar boleh lah ke PhotoAlbum aku ok. ;-)

4 Responses to “Kenangan Di Asajaya, Kuching”

  1. adui… rindunya sia time tu.. hahahah! mcm2 hal jadi, kena lagi ‘abang’ ko buat hal, berlagak jadi ketua (mmg ketua pun), tapi ndak mau dengar pendapat org bawah dia.. gila lah time tu.. hehe!

    paling sia ndak lupa, last minute preparation pasal bikin website! arghhh!!! geocities lagi tuh! sudah tu sampai skang ndak juga sia buat2.. hahahahahha! sedih eh.. hehe! geng! bnyk lagi gambar2 ko ka? nanti ko balik sabah copy sia aaa! :P

  2. haha… ya kan… sia ingat jugak kejadian tu geng… ndak apa bah, kenangan jugak tu.

    mana sudah tu website ah? OK. nnt sia balik sabah sia kasi one copy sama ko. Actually, sia baru terjumpa tu CD lama2 bah… ni lah kalau CD ndak di label… :D

  3. geng! tu website masih ada!!! hahahahahhaah!

    http://www.geocities.com/asajaya_opkim/

    bleh pula aku ingat url ni, hehehe! terkenang zaman mula2 kenal HTML… hilang sudah tau logo original COMPASS tu, masih kena pakai ka tu aa? bagus trace balik, kan! logo uitm ni pun satu, balik2 yg pusing2 tu juga la yg wujud.. hehehe!

    terharu pula aku ingat OPKIM ni.. huhuhuhuuu…

  4. hahahahaha…

    aduiii teringat2 bah sia balik, susah payah involve dlm ni compass… :D ndak tau kalau logo COMPASS ni masih dipakai atau ndak. En.Zamri masih ada ka tu ah… hehe!

Leave a Reply