Hari Pertama Puasa Di Tanah Semenanjung
Dugaan hari pertama. Kelas petang habis jam 5:45pm. Singgah “sekejap” di Bazaar Ramadhan. Tak sangka bazaar yang begitu kecil (sebab pengerai taklah byk sangat) juga ramai sungguh pengunjung. Sesak & padat dengan pengunjung yang beria-ria memilih juadah yang pelbagai jenis+aneka. Ermmm… Aku tak sempat nak memilih sebab takut tak sempat sampai di rumah. Alhamdullilah, dpt lah juga beli juadah untuk berbuka puasa ala kadar hari pertama berpuasa di tanah semenanjung. Tarawih juga ramai org. Penatnya rasa hari ini…
Sebelum berbuka tadi call mak sekejap. Mengadu lah dugaan hari pertama berpuasa di tempat org (biarpun dah banyak kali berpuasa tempat org tapi ini pertama kali di sini). Kalau di tempat sendiri jam 3.30 pagi dah sahur pastu waktu berbuka juga awal 6.00+ ptg. Yang baiknya di tempat sendiri makanan bersahur & berbuka akan sedia terhidang tapi kalau di sini kena masak sendiri juadah bersahur+berbuka. Waktu berbuka di sini juga lebih sejam & sahur pulak awal sejam.
Esok lusa bagaimana pula eh? Ala… mcm tak pernah puasa tempat org. HaHaHa… Dulu lebih teruk pun ada.
Posted on October 5th, 2005 by SMD
Filed under: Journal
I am a Free and Open Source Software lover, advocate. I would like to see Open Source grow, and more users being able to use and understand it. I would like to continue to become a part of this growing community, and to grow with it! 



SMD..kor orang sarawak ker? kor belajar kat mana yek?
SMD …. selamat berpuasa di tanag semenanjung…
saya ini tahun kali pertama terpaksa berbuka sendirian kat ofis, sejak di putrajaya x der peluang pulang awal lagi, jem jem jem jem…..
“wahai tetamu ramadhan, utkmu rahmat dan maghfirah..airmata taubat, dendangan tadarus, selimut tarawih dan bantal tahajud..semoga mewarisi Jannah..selamat menjalani ibadah puasa 1426..”
doBot, Aku Sabahan… belajar kat Shah Alam. Dulu pernah belajar di Sarawak.
MBA, Terima kasih…
bagus kau di semenanjung..bulih juga merasa makanan malaysia..di sini..di mana mau cari..klu inda tgn kita juga yg buat..tapi itulah hakikat..syukur sajalah kan
wes, kira oklah ko dpt pose on the dot… first day aku pose cam nak pengsn beratur menunggu mknn… si senah dh bebel2 ngn aku…
tp ni lah dugaan pose kat tmpt org…
tp arini aku dpt berbuka pose ngn family aku…
pe2 pn mum’s cook is da best….. luv mummy… (”,)