Lawatan Akademik Ke SKALI

Lawatan Akademik Ke SKALIAlhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi sebab lawatan akademik telah pun selesai. Tak terkata gumbiranya aku hari ini sebab setelah berusaha akhirnya tercapai. :-) Lawatan akademik (anjuran wajib) untuk dak2 kelas aku telah diadakan di SKALI. SKALI menjadi tempat destinasi rombongan pelajar kelas aku yang terdiri daripada 30 orang (termasuk seorang pensyarah).

Lebih kurang jam 8:15 pagi kami bertolak dari kampus dan sampai di Research & Development Centre, SKALI di UPM Serdang lebih kurang jam 9.30 pagi. Kami di sambut oleh 2 orang kakitangan SKALI. Sessi pertama adalah sessi penerangan ringkas oleh En. Akmal (kakitangan SKALI) sebelum kami masuk ke Internet Data Centre tersebut. Kemudian, rombongan di bawa ke tempat khas yg disediakan bagi sessi talk.

En. Akmal telah menyampaikan sedikit ceramah berkaitan SKALI. (Slide ceramah tersebut akan dimasukkan di dalam blog aku nanti). Ceramah selama lebih kurang sejam tu diakhiri dengan sessi bersoal-jawab. (banyak juga soalan sehinggakan aku tak ingat)…

Lawatan Akademik Ke SKALI Lawatan Akademik Ke SKALI Lawatan Akademik Ke SKALI Lawatan Akademik Ke SKALI

Selepas sessi ringkas ceramah, rombongan kami telah dibawa melawat kawasan dalam Internet Data Centre (IDC) dan disusuli penerangan dari kakitangan SKALI mengenai fungsi setiap perkakasan yang terdapat disitu. Kakitangan SKALI telah di hujani dengan pelbagai bentuk soalan dari peserta rombongan. Ini adalah satu peluang yang mungkin tak dapat di lupakan oleh peserta-peserta rombongan kerana dapat melihat sendiri bagaimana suasana “Server Farm”. (Gambar semasa di SKALI boleh di lihat dari Photo Album). Kami bertolak balik ke kampus lebih kurang jam 11.30 pagi.

Itulah cerita ringkas mengenai aktiviti untuk hari ini. Apapun, aku ucapkan terima kasih kepada pihak SKALI kerana sudi menerima kedatangan kami. Bukan senang nak dapat peluang masuk ke IDC. Peluang mcm ni mmg tak di sia-siakan. Terima kasih juga kepada rakan-rakan yang terlibat menjayakan aktiviti hari ni. Maaflah sekiranya terdapat kekurangan di dalam laporan ringkas dari aku. :-)

3 Responses to “Lawatan Akademik Ke SKALI”

  1. laaa..kor datang UPM ker? aposal tak singgah fakulti aku? buleh tengok binatang pulak. kekekek

  2. ok gak la lawatan ni… cuma nya first part aku x paham langsung….
    but tak menghampakan lah….
    last but not least, congrats la utk ko yg berkeja keras…. ;)

  3. doBot,

    aku singgah sekejap jer kat sana… ada masa nnt aku gi lawat ladang ko kat UPM ekk… hehe :D
    elon,

    Terima kasih… Usaha sama semua org sebenarnya.

Leave a Reply