Kenapa Sepi?

Takda jawapan kepada soalan tersebut… Sesungguhnya aku juga sedang mencari jawapan… Haha…

Alahai! Soalan standard yang aku kena hari ni “Kenapa Sepi?”… Apabila aku buat status “sepi” di YM, ramai pulak yang bertanyakan kenapa aku sepi?… Laahh… Bila dah kena soalan standard, aku jawab lah dengan jawapan standard. Tiada apa-apa… Haha…

Dah 2 hari sebenarnya aku tidur selepas subuh. Bukan sebab tak ngantuk atau saja-saja-tak-nak-tido. Tetapi aku sedang buat ETCS (E-Transport Computerized System). Sistem ni dibangunkan menggunakan PHP & MYSQL dan sistem yang separuh siap nak di present pada 21hb, 2 hari sebelum balik KK :-). Sistem ni sebelum ni aku dah start buat tapi sekarang aku buat semula (re-construct) bagi memenuhi requirement. (agaknya yg sebelum ni salah)… Huhhh! Letih + mengantuk lagi ni sebenarnya… Terus takda idea nak tulis apa dalam blog ni.

# to be continue…
# thanks for asking… ;-)

Takzirah Ramadhan:
Ubadah bin Simit r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang,`Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, mnenurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjuklah kepada Allah Taala kebaikan daripada kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini.

Leave a Reply