Takzirah Ramadhan

13 Ramadhan 1426H

Ubadah bin Simit r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang,`Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, mnenurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjuklah kepada Allah Taala kebaikan daripada kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini.

Leave a Reply