Entri Pertama Dari Negeri Di Bawah Bayu
Haha! Belum lagi habis bercuti sebenarnya ni. Tetapi gatalnya tangan ini nak menulis. So, hari ini aku mengerakkan jari-jemari untuk mengemaskini Blogsphere, menjawab soalan-soalan yang ditingggalkan di XM & post news mengenai Xoops 2.0.13.2 yang baru di keluarkan hari ini. ~Yeah… setelah 5 hari berada di kampung halaman, banyak cerita yang menarik untuk dikongsi, itu sudah pasti… Apa lagi lah cerita yang terhangat di pasaran sekarang ni kalau bukan sambutan hari raya.
Ohya, kepada sesiapa yang belum tinggalkan mesej hari raya tu, boleh lah sampaikan salam aidilfitri di depan blog ini.
Kuih Capit
Aku tak pasti kuih ni berasal dari mana. Tetapi tiap-tiap tahun keluarga aku akan buat kuih ini (antara kuih setiap raya menjelang). Nama kuih ni Kuih Capit. Kebiasaannya kuih ni dimasak menggunakan dapur… Tetapi tahun ni lain sikit. Yalah zaman moden, cara membuat kuih tradisional pun di modenkan. Hari ini aku membakar Kuih Capit menggunakan alat pembakar khas. Lihatlah sendiri bagaimana proses membuat Kuih Capit ni. Kalau tempat lain atau pada kebiasaanya kuih ni akan di gulung, tetapi kami tidak menggunakan kaedah mengulung sebaliknya lipat ke bentuk segitiga.
Hamster
Ni lah tempat tinggal hamster aku di rumah… home-sweet-home-si-hamster.
OK… More story dari negeri di bawah bayu selepas ni yea… stay tuned!
Takzirah Ramadhan:
Ibn Umar r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:`Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas mereka yang memakan sahur.




