w.bloggar 4.00, blogging tools
Entri ini ditulis menggunakan software w.bloggar. Aku dapat tahu mengenai perisian ini melalui Goober. w.bloggar merupakan blogging/posting tools untuk M$ Windows dan yang paling menarik ia adalah perisian PERCUMA. w.bloggar membolehkan kita post & publish entri ke blog. Ia boleh digunakan oleh kebanyakan script blog yg popular seperti blogspot, movable type, wordpress dan banyak lagi termasuk XOOPS.
Ia mudah digunakan kerana memiliki konsep WYSIWYG editor (rasa seperti menaip menggunakan M$ Words). Di tambah pula w.bloggar mempunyai kelebihan spell check. Satu lagi kelebihan yang aku suka ialah, w.bloggar membolehkan kita menyimpan entri baru ke dalam bentuk fail sebelum ia di publish. Ini berguna apabila kita menaip artikel yang panjang. Kesimpulannya, w.bloggar bertindak sebagai aplikasi yang menjadi penghubung antaramuka (interface) antara pengguna & blog. Memandangkan w.bloggar menggunakan GUI (Graphical User Interface) Windows, ia membolehkan pengguna membuat editing tanpa internet. Ia menggunakan API (Application Programming Interface) untuk blog script dan script yang support XML_RPC.
Dah cuba baru tahu… Muat turun w.bloggar di laman web http://www.wbloggar.com dan cuba sendiri.
Posted on November 7th, 2005 by SMD
Filed under: Technology
I am a Free and Open Source Software lover, advocate. I would like to see Open Source grow, and more users being able to use and understand it. I would like to continue to become a part of this growing community, and to grow with it! 



kekekeke…aku pun guna software nie. senang.