Kempen “AKU BENCI SPYWARE!”

Kita sering mendengar kempen-kempen membenci DADAH, RASUAH, MEROKOK dan sebagainya. Tetapi tidak pernah kita dengar kempen membenci SPYWARE. Jadi, aku nak mulakan kempen “AKU BENCI SPYWARE!”.

Sebulan lepas aku menulis mengenai Bahayanya Spyware (Part 1 & Part 2).
Sudah tentu banyak sebab kenapa kita HARUS membenci spyware:

1. Ia adalah “Hidden-Killer” (spt: pembunuh senyap) yang mungkin hidup & membiak di komputer kita. Menurut Webroot’s and EarthLink’s Spy Audit programs, 90% komputer yang connect ke Internet berpotensi menjadi penyebar/pembiak spyware.
2. Ia juga adalah “Toyol-Siber” alaf baru. Pembuat/penyebar (dengan sengaja) adalah PENCURI. Spyware a.k.a “Toyol-Siber” di arahkan oleh penciptanya untuk mencuri maklumat sulit seperti username, password, maklumat bank dan sebagainya di dalam komputer kita.
3. Ia adalah “Makhluk-Yang-Bukan-Makhluk” pemusnah No.1 di dunia sekarang. (lebih bahaya daripada virus & kaum kerabatnya).
4. Ia merupakan “useless-piece-of-software” yang menyebabkan kita terpaksa membuang masa menggunakan komputer yang lembab di sebabkan spyware, membuang masa menghapuskan spyware, membuang masa melihat benda-benda yang tidak berfaedah dan sebagainya. Pendek kata, ia pencuri masa kita.
5. Ia adalah “Musuh-Dalam-Selimut“. Spyware ini seperti “Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi”. Mungkin kita sangkakan sesetengah perisian itu berguna, tetapi ia sebenarnya perosak. Self-Protection & Knowledge adalah penting.

Ayuh! Kita gerakkan kempen “AKU BENCI SPYWARE!”, sebarkan mengenai kempen “AKU BENCI SPYWARE” ini di dalam blog anda. Jika anda adalah masyarakat yang prihatin untuk menyokong kempen ini, anda juga harus berkempen. Entri selepas ini, akan aku tulis mengenai cara berkesan mengelak daripada SPYWARE!

UPDATE:
[12:27pm] - PANDUAN KESELAMATAN “AKU BENCI SPYWARE!”

# AKU BENCI SPYWARE!

7 Responses to “Kempen “AKU BENCI SPYWARE!””

  1. So SMD…

    anti spyware apa yang kor rekemenkan? SND ngan lavasoft?

  2. ni off topik sket..aku punya link d blog ko ni ada error..hehe

    TQ

  3. sia suda buat.
    http://blog.fawari.net/?p=34

  4. aku pun benci spyware… aku juga benci peepingware… hehehehe…secara pribadi, spyware ni blum bagi apa² kesan yg teruk pada ku… tapi pada industri, uiinaaa teruk la…. nasip ada anti- dan angkel- spyware… ahaks…

  5. akku benci sebab ..melembabkan pc aku.lepas tu sesetengah spyware tu siap ajak member2 dia masuk pc .. (download spyware lain wat masuk.)

    skang ni aku hanya suka pakai:
    microsoft spyware beta
    spy-bot search and destroy
    hijackthis - http://castlecops.com/HijackThis.html

  6. ooooooo begitu punya cerita kelembapan pc yer?

    satu soklan laaa kalo ada yang sudi membantu…

    semasa sy on kan pc, bila dah selesai reboot semuanya dgn tetiba mozilla firefox ikut serta nak menyibuk memunculkan dirinya.

    apa masalahnya. bukan setakat online je offline pun dia buat hal… error 623: cannot find phone book apa entahnya… dan kemudian klik OK berkali2… degil betul taknak quit…

  7. Inilah contohnya…

    “CANNOT LOAD DIALOG” kotak pertama yang mengeluarkan makluman “ERROR 623: THE SYSTEM COULD FIND THE PHONE BOOK ENTRY FOR THIS CONNECTION.” kotak kedua

Leave a Reply