Panduan “AKU BENCI SPYWARE!”

Entri ini adalah sambung daripada kempen “AKU BENCI SPYWARE!“. Di harap entri ini dapat memberi panduan kepada anda mengenai cara untuk mengelak daripada “useless-pop-up”, komputer yang lembab & “free-search-toolbar”. Lakukan ini sekiranya anda sayangkan PC anda! Terdapat 7 langkah yang perlu anda lakukan:

Langkah 1: Install Mozilla Firefox
Mozilla Firefox adalah open-source web browser yang paling berkesan untuk mengelak daripada spyware semasa anda melayari internet. Anda mungkin tidak akan menyedari spyware sudah masuk ke dalam operating system ketika anda sedang asyik melayari internet. Oleh itu, install dan gunalah Firefox. Download Firefox di laman web http://www.getfirefox.com. Lupakan Microsoft Internet Explorer!

Langkah 2: Add/Remove Programs
Di dalam Add/Remove Programs, cari & unsintall semua perisian yang anda tidak kenal, tidak pernah install sebelum itu dan perisian yang mengeluarkan iklan seperti Incredimail).

Langkah 3: Install Spybot: Search and Destory
Spybot: S & D, adalah perisian yang mencari & membersihkan daripada spyware. Ia merupakan perisian percuma yang anda boleh download melalui laman web ini: http://www.safer-networking.org/en/download/index.html. Spybot: S & D adalah perisian spyware cleaner yang TERBAIK!

Langkah 4: Install Ad-Aware
Install Spybot masih tidak cukup kerana ia tidak membuang semua spyware. Oleh itu kita perlukan perisian lain untuk “membunuh” spyware iaitu Ad-Aware daripada Lavasoft. Download “Ad-Aware Personal Edition” di laman web www.lavasoft.com.

Langkah 5: Install SpywareBlaster
SpywareBlaster adalah piece-of-software dibangunkan oleh “JavaCoolSoftware”. Anda boleh dapatkannya di http://www.javacoolsoftware.com/spywareblaster.html Download dan install!. Ia akan melindungi komputer anda daripada spyware jika anda menggunakan Interner Explorer untuk melayari internet (jika anda masih “degil” untuk menggunakan Firefox). Perisian ini akan menyekat laman web yang mengesan cookies yang ada mengandungi spyware dan juga melindungi operating system daripada spyware.

Langkah 6: Install AVG Anti-Virus
Jika anda bertanya, apakah Anti-Virus terbaik. AVG Anti-Virus daripada Grisoft adalah yang disarankan penggunaannya di setiap pc. AVG Anti-Virus boleh dimiliki secara PERCUMA! Tetapi yang paling penting Ia dapat mengesan lebih banyak virus daripada Norton & McAfee. Pegi ke http://free.grisoft.com dan dapatkan AVG Free Edition.

Langkah 7: Pastikan setiap pengguna PC tahu!
“Self-Protection” (Pertahanan Diri) adalah teknik terbaik untuk melawan spyware! Berhati-hati ketika melayari internet, gunalah Mozilla Firefox, ia adalah percuma, setakat ini Firefox masih dapat buktikan tiada spyware yang dapat menembusinya & yang paling penting juga ia laju berbanding IE. Janganlah melayari laman web yang mungkin menyebarkan spyware (seperti web lucah, web hacking, web iklan/autosurf dan yang serupa dengannya) kerana web-web seperti ini akan mengundang spyware masuk ke dalam pc anda.

Note: Artikel ini akan aku update selepas ini untuk tambah mengenai cara install yang baik.

“Anda mungkin tidak menghiraukan artikel ini, jangan menyesal sekiranya esok lusa mungkin anda dijangkiti spyware… Mencegah lebih baik daripada mengubati!”

JIKA ANDA MASYARAKAT YANG PRIHATIN MENGENAI MASALAH SPYWARE, SEBARKAN MENGENAI KEMPEN “AKU BENCI SPYWARE!” DI DALAM BLOG ANDA.

5 Responses to “Panduan “AKU BENCI SPYWARE!””

  1. Mozilla Firefox memang laju, tapi sia hadapi masalah spt ini, bila saya :

    msg kluar: login.yahoo.com could not be found. Please check the name and try again.

    msg kluar: http://www.google.com could not be found. Please check the name and try again.

    msg kluar: http://www.studiopay.com could not be found. Please check the name and try again.

    any idea, why. >;-0

  2. smd..sya mau pasang net di rumah bah nieh..jadi sya kena install lah tuh semua apa yang kau tulis tuh..??..

    ini yg sya malas mau psg internet di rumah nieh..

  3. Alb, cuba ko check trusted site, proxy setting & connection setting dlm mozilla.

    ais-putih, ini adalah recommendation… 99% untuk elak daripada spybot.

    kempen “AKU BENCI SPYBOT!”

  4. genk, gue punya komputer uda kena sypware! jadi bagaimana cara menghapusnya secara total?
    kejadian ini uda yang ke tiga kalinya!
    bila anda bisa membantu, saya akan sangat berterima kasih!
    thanks,

  5. mahesasarma,

    boleh cuba panduan yang diberikan. sebelum buat scanning, update dulu.

Leave a Reply