Ketuk Ketampi, Raja Segala Senaman
Heboh satu malaya, bercakap tentang “ketuk ketampi“. Sekarang ni kalau kita sebut saja “ketuk ketampi” semua orang akan fokus kepada isu yang sama. Pendek kata, siapalah yang tak tahu tentang isu “ketuk ketampi” ni. Mungkin murid di sekolah juga sudah mula sensitif atau semakin takut buat salah sebab takut di denda “ketuk ketampi” sambil berbogel.
Tetapi berapa ramai yang berfikiran positif mengenai isu ini? Dah ramai bloggers yang menulis mengenai isu “ketuk ketampi”. Ia menarik minat aku untuk menulis juga mengenai ketuk ketampi tetapi bukan tentang isu “itu”. Aku nak mengembalikan nama baik ketuk ketampi yang mungkin sudah di-salah-anggap oleh kita.
Mungkin tak ramai yang tahu bahawa ketuk ketampi atau squat sebenarnya satu bentuk senaman ringkas untuk mengurangkan berat badan dan juga di kenali sebagai The King Of Exercises. Dr. Fred Hatfield memberi definisi “The squat is often called the king of exercises because it is capable of inducing more and faster muscle growth than any other exercise”. Dengan hanya melakukan senaman ketuk ketampi di rumah, ia dapat membantu kita menyihatkan badan & mengurangkan berat badan.
The squat is performed by squatting down with a weight held across the upper back, and then standing up straight again. Proper technique is critical, otherwise serious injuries can occur. The back must be kept straight—not rounded—otherwise excess strain will be placed on the lower back. Lifting belts are often used to help support the lower back.
Sumber: WikiPedia
# Apa juga kesimpulan kes, yang pasti ia bukan salah “ketuk ketampi”…
# Jika tiada kesempatan keluar bersenam, cukuplah dengan melakukan “ketuk ketampi” di rumah/pejabat.