PHP g33ks Ditemukan

Ini adalah gambar yang sempat aku ambik tadi semasa PHP TALK & MEETUP di UiTM Shah Alam. Seramai lebih 30 orang peserta menghadiri PHP TALK yang pertama kali diadakan ini. Majoriti semuanya adalah sebahagian daripada PHP & OpenSource g33ks, ada juga 1-2 orang tu pengamal fahaman M$ dan Java (Dalam proses nak convert lah tu… :D). Semuanya mempunyai kepakaran di dalam bidang masing2. Ada yang expert di dalam sekuriti, document writing, managing, designing, training dan lain-lain. Dengan adanya aktiviti seperti ini semua dapat peluang berkenalan & bersua muka di samping berkongsi pengalaman.

Biarpun acara bermula lewat setengah jam dari jadual asal, tetapi Alhamdulillah dengan izin-Nya aktiviti yang diatur dapat berjalan dengan baik & lancar. Talk pertama bertajuk “PHP & Produk Komersial”, diberikan oleh En. Khairul Anuar Arifin dari Socketmail. Ringkasnya, En. Khairul memberikan beberapa tips yang berguna untuk memulakan sesuatu produk komersial berasaskan PHP. Selepas mendengar talk daripada En. Khairul, barulah aku tau sikit mcm mana nak mengkomersialkan produk ataupun skrip berasaskan PHP. Lepas ni bolehlah start komersial produk… Dalam usaha nak jadi kaya dengan open source kan… Hehe..

Talk ke-2, bertajuk “Object Oriented Programming” atau OOP disampaikan oleh En. Azril Nazli dari Protonmania.com. Juga talk yg menarik dan En. Azril telah memberikan sedikit demo berkenaan penggunaan OOP di dalam pengaturcaraan PHP. Kemudian, talk ke-3 disampaikan oleh En. Amran, Founder PHP.net.my dengan tajuk yang dipilih “Menjadi Super Pengaturcara PHP”. Dengar talk En. Amran ni mmg tak “kering gusi“, ada saja usikan & gurauan yg diselitkan. Apapun, input tetap ada, kerana En. Amran ada menyenaraikan beberapa tips untuk menjadi Super Pengaturcara.

Talk yang selesai lebih kurang jam 12.30 tgh/hari, disambung dengan sedikit presentation ringkas yang sempat aku sediakan mengenai Projek CMS Malaysia. Aku hanya sampaikan “General Idea” mengenai perlunya & objektif disebalik Projek Open Source CMS ini. Presentation boleh di download sini: Download PHP PROJECT Presentation (.ppt)

Aktiviti ini akan dijadikan sebagai titik mula kepada aktiviti seumpamanya di masa akan akan datang. Bagi wakil pihak penganjur, kami memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan & kesilapan di dalam mengendalikan aktiviti ini. Jutaan terima kasih kepada Speakers yang menyumbangkan & berkongsi idea dan pengalaman mereka dan juga kepada AJK yang sukarela membantu dan pada semua yang sudi menghadirkan diri. Ohh… yang paling penting tu, terima kasih kepada penaja lokasi iaitu UiTM Shah Alam & penaja air mineral. Selepas ini, kalau ada organisasi atau universiti yang sudi menaja tempat, sila-silalah contact kita… :-) Sebarang maklumbalas mengenai aktiviti ini bolehlah dibuat di topik ini: PHP Talk & Meetup 2005 // Feedback. Secara peribadi, hari ini adalah hari yang cukup menarik kerana dapat bertemu dengan PHP g33ks yang kebanyakannya ahli komuniti PHP.net.my!

JUMPA DI MEETUP 2006!!! ;-)

2 Responses to “PHP g33ks Ditemukan”

  1. [quote]Talk pertama bertajuk “PHP & Produk Komersial”, diberikan oleh En. Khairul Anuar Arifin dari Socketmail.[/quote]

    ehhh Khai ni masih dengan socketmail dia kaa, anyway ada ka story pasal forum dia mo buat dulu (aku ada involve, then ndak dapat follow up ada commitment lain)…

  2. Hi there,

    Great writeup. I’d like to get more information/pursue this further, to see how MySQL can help the local PHP community.

    Please send me some email - colin AT mysql dot com

    Thanks

Leave a Reply