Extra 1 Saat?
Beberapa hari yang lepas aku bercerita mengenai soal masa. Hari Ini ada cerita menarik. Artikel pertama aku baca mengenainya melalui entri yang ditulis oleh missfuza (via ais-putih).
Hari ini 1 Januari 2006, sangat istimewa kerana kita ada lebihan masa 1 saat. Penerangan yang cukup jelas & mudah difahami aku rasa sudah dibuat oleh missfuza melalui blognya. Bolehlah membaca entri mengenainya di sini: KITE ADERRR LEBIH MASA 1 SAAT!!!.
Ia cukup menarik kerana mungkin tidak ramai mengetahui mengenainya (termasuk aku). Terima kasih kepada ais-putih kerana BUZZing! aku mengenai cerita disebalik detik 8:59:60 ini. Aku cuba mencari maklumat melalui google dan terjumpa artikel ini: Japan waits for leap second on New Year’s Day. Petikan daripada news tersebut:
Japan, like the rest of the world, will be frozen in time for one second for the New Year.
On Jan. 1, 2006, a leap second will be added to Japan Standard Time to counter the small discrepancy that has emerged between solar time and the time controlled by today’s super-precise atomic clocks.
Japan will get its extra second just before 9 a.m. on Jan. 1, with official clocks going from 8:59:59 to 8:59:60 and then 9:00:00.
# Biarpun terlambat, tetapi cukuplah sekadar kita ketahui kita ada extra 1 saat hari ini…