OpenSource kan Lagu MP3
Petikan dari akhbar tempatan, Berita Harian pada 20/02/2006
SINGAPURA: Dua orang dikenakan hukuman penjara tiga dan empat bulan kelmarin kerana menyebar dan mengongsi lagu dalam bentuk MP3 yang mereka muat turun daripada internet menerusi laman chat MP3Melayu, lapor akhbar Singapura semalam.
Mohd Faizal Osman, 21 tahun, dipenjara tiga bulan kerana tiga kesalahan melanggar hak cipta. Tiga lagi tuduhan ke atasnya turut dipertimbangkan. Mohamad Azry Zainol, 22 tahun, pula dipenjara empat bulan kerana empat kesalahan sama. Empat lagi tuduhan turut dikenakan ke atasnya.
Ini adalah kali pertama pengguna Internet diheret dan dihukum berdasarkan Akta Hak Cipta kerana menyebar dan berkongsi fail muzik MP3 walaupun bukan untuk meraih keuntungan.
Secara keseluruhan, mereka memiliki 1,055 fail lagu MP3 yang dimuat turun daripada internet dan dikumpulkan dalam komputer peribadi untuk dikongsi dengan pengguna lain.
Di mahkamah kelmarin Hakim Dearah, Bala Reddy, menolak permohonan agar mereka dikenakan pemerhatian.
“Saya tidak terdorong untuk mendapatkan laporan pemerhatian sebelum menjatuhkan hukuman. Oleh kerana keluarga mereka tidak dapat bayar denda jika mereka didenda, saya tiada pilihan lain kecuali menjatuhkan hukuman penjara yang singkat,” kata Reddy. Menurutnya, jumlah maksimum adalah S$10,000 (RM23,000) atau paling kurang S$500 (RM1,150) bagi setiap lagu.
Berita Penuh…
Kita tahu banyak website/portal komuniti menyediakan perkhidmatan muat turun lagu mp3 secara percuma sebagai daya tarikan kepada pengunjung. Itu memang salah disisi undang2 (kan?). Sama seperti kita mencetak rompak product Microsoft Windows dan bagi orang download free.
Isunya adalah berkenaan hak cipta. Adakah lesen lagu spt open source? Jawapannya YA. Creative Commons menyediakan ruangan untuk penjagaan dan kebebasan penulis lirik, artis & pendidik. Creative Commons mengubah konsep “All Right Reserved” kepada “Some Rights Reserved”. Creative Commons adalah sebuah organisasi (NGO).
Bacaan lanjut www.creativecommons.org
# Jenis-jenis lesen
# Artis kita tiada yg nak beralih kepada lesen Open Source?
# http://www.jamendo.com menggunakan Creative Commons License.
# Go Open Source!