Kenapa Tak Ramai Pegi Restoran Melayu?

Selepas 527 hari duduk di Shah Alam (saya kira saya tahu lah), saya tertanya-tanya kenapa restoran melayu tak ramai pengunjung? Di dalam saya tertanya-tanya tu, saya mencari jawapan…

Antara jawapan yang saya jumpa ialah:

1. Restoran melayu service LAMBAT. 15 minit tunggu utk ambil order, 30 minit tunggu utk order sampai. Dibandingkan dengan restoran lain (bukan melayu) 15 minit tunggu utk order di ambil & sampai (assume jenis order adalah sama). Jadi, berapa minit masa terbuang? Jawapan, 30…
2. Restoran melayu buka LAMBAT tutup AWAL. Buka sekitar jam 9/10 pagi dan tutup awal 12/1pm. Sedangkan restoran lain (bukan melayu) boleh buka 24 jam sehari, 7 hari seminggu, 30 hari sebulan, 365 hari setahun… Adede…
3. Restoran melayu tak pasang WRESTLING… Ehh Ye ke? Hahaha…

Tak semua kot… Tapi itu dari pengamatan saya…
Aduhh… Laparlah… Nak pegi makan tenghari dulu. Cerita ini hanya luahan hati orang lapar…

Leave a Reply