Masalah Kritikal Internet Explorer!
Tak habis-habis masalah Internet Explorer ni. Ish Ish… Cerita IE ni sama mengingatkan saya dgn cerita seorang artis tempatan yang digelar “Raja Undi SMS” itu. Satu ketika dulu, orang kata Suara sumbang mcm mana pun, orang tetap sokong & undi dia. Begitu juga lah Internet Explorer, buruk mcm mana pun IE, tak selamat mcm mana pun IE, orang tetap akan klik pada ikon biru bersimbolkan E itu… Kenapa ya?
Huh… Berbalik kepada cerita asal… Kali ini cerita mengenai satu kelemahan IE yang amat kritikal. Kelemahan ini membenarkan web yang di layari untuk “testrun” apa-apa aplikasi atau program ke atas komputer yang melayari web tersebut. Pheww… Dashyat bunyi dia tu…
Biarpun saya bukan lagi pengguna TETINGKAP WINDOWS, tetapi saya masih perihatin untuk “educate” pengguna windows untuk berhati-hati. Thanks to Encik Ali (Pensyarah UiTM) coz pointing me to this problem. En. Ali telah menyediakan Demo, Proof-Of-Concept (POC) untuk kelemahan Internet Explorer kali ini. Sebagai demo klik link di bawah:
Encik Ali Menulis - “Di dalam demonstrasi di atas, laman web cuma mengujilari aplikasi kalkulator tetapi sudah ada laman-laman web di luar yg menggunakan kelemahan ini untuk memasang “Spyware” dan “Bot” kawalan jauh untuk digunakan bagi tujuan penafian perkhidmatan/nafi khidmat (Denial of Service - DoS).”
Sebagai langkah keselamatan anda boleh bertukar browser ke FIREFOX. Biarpun bugs ini sudah ada PATCH tetapi saya lebih menyarankan anda menggunakan MOZILLA FIREFOX. LEBIH SELAMAT & PANTAS.
Diharap entri kali ini akan mengubah hidup anda yang masih menyokong penggunaan INTERNET EXPLORER dan beralih kepada FIREFOX. Kerana…. AKU BENCI SPYWARE!
# Kalau saya prihatin tentang isu ini, kenapa tidak anda?
Posted on April 6th, 2006 by SMD
Filed under: Technology
I am a Free and Open Source Software lover, advocate. I would like to see Open Source grow, and more users being able to use and understand it. I would like to continue to become a part of this growing community, and to grow with it! 



kalo pakai maxthon camne lak…??aku klik link tu takleh bukak pasal AV aku detect trojan…
aku sokong IE. aku support IE. Aku support microsoft!
I hv changed to firefox started from year 2006..but not fully utilized since few applications cannot be run unless using i.e..why so?
boya: bgs lah kalau AV boleh detect trojan… biar AV sentiasa up-t0-date.
ZuraZuzu: What you can do is… set your Firefox as your default browser. Tools -> Options -> General Tab. Hope thats help.
Happy Firefoxing Guys…