Menulis Class Dalam PHP
OOP (Object Oriented Programming) bukanlah suatu konsep yang mudah di fahami. Tetapi ia boleh dikuasai dengan melakukan latihan secara berulang-ulang di dalam pembinaan sesuatu objek. OOP boleh dijadikan satu subjek yang amat menarik jika kita bina satu projek khas untuknya. Oleh kerana konsep OOP itu sangat kompleks dan berbeza-beza mengikut bahasa pengaturcaraan, tetapi ia mempunyai kesamaan dalam bahagian-bahagian binaannya.
Saya bukanlah orang yang pakar untuk bercerita mengenai OOP. Saya juga lahir di dunia ini semasa OO sedang berkembang. Pengetahuan OO saya hanya berasaskan pengalaman dan berguru dengan Pakcik Google. XOOPS, komuniti yang saya asaskan 2 tahun lepas juga menggunakan OOP. ISE, Degree Programme yang saya ikuti skrg juga mengaplikasikan OOP.
Satu objek didefinisikan oleh satu class. Class ialah definisi, bagi kesemua objek dengan jenis tertentu. Suatu objek perlu dicipta berdasarkan suatu class. Objek yang dicipta dianggap ahli kepada class. Suatu objek adalah serupa dengan satu Struktur, tetapi dengan tambahan lain, seperti penunjuk metod, kawalan capaian ahli, dan ahli data yang merujuk kepada lokasi objek di dalam hirarki class. Mari kita bina satu Class dalam PHP… Tutorial ini akan menghasilkan “Simple Page Object” berdasarkan Class Diagram berikut.

Pertama sekali kita perlukan Class Pages:-
class Pages {
}
Ini adalah basic Class. Tanpa variables & functions. Kemudian, kita masukkan semua variables, seperti ini:
class Pages {
var $Title;
var $Keywords;
var $Content;
}
Sekarang kita sudah ada Object & Attributes. Kita perlu masukkan functions untuk membina sebuah output HTML. Sebagai contoh saya akan memasukkan function DisplayTitle() untuk menghasilkan page Title. Class code yang akan di hasilkan adalah seperti ini.

NOTE: $THIS - $this merujuk kepada current object. Sebagai contoh; $this->Title akan mendptkan nilai daripada variable $Title dalam object Pages.
Save file tersebut sebagai satu nama fail PHP, contohnya “page.php”. Sekarang kita boleh gunakan Class Object tersebut:

Tidak juga begitu mudah kan? Kita perlu menggunakan “include” statement untuk membawa class page tadi daripada file page.php. Gunakan “new” statement untuk membina salinan object supaya kita boleh gunakan ia. Salinan baru akan di simpan di dalam variable $Sample. Kemudian kita boleh setkan variables seperti Title = “Hello World”. dan gunakan function DisplayTitle() untuk paparkan Title tersebut. Mudah kan? Dan lihatlah hasilnya adalah seperti screenshot ini:

Ini adalah basic tutorial mengenai cara untuk membina class di dalam PHP. Full code boleh diperolehi daripada sini (Download Page.zip). Semoga tutorial ini dapat memberi sedikit idea bagaimana untuk menggunakan OOD (UML Modeling) kepada OOP (PHP Programming).
Posted on April 8th, 2006 by SMD
Filed under: Open Source
I am a Free and Open Source Software lover, advocate. I would like to see Open Source grow, and more users being able to use and understand it. I would like to continue to become a part of this growing community, and to grow with it! 



em…bagus utk beginner.
baik ko sertakan skali mana2 link yg boleh membantu drg…yang ko rasa mudah utk dipelajari dan difahami.
tq
Publish la sekali kat PHP.net.my