Artikel Menarik Di Dalam MPC Bulan Ini
Tengahari tadi, semasa sessi jalan-jalan cari makan, saya singgah sebentar di kedai majalah dan terbaca muka depan Majalah PC bulan ini “Spyware And Gang”. Wow! Menarik…
Saya rasa adalah berbaloi sekiranya anda memiliki Majalah PC pada bulan ini sebagai santapan minda kerana di dalamnya terdapat pelbagai maklumat terkini mengenai Spyware, ancaman seperti pengodam, spam, virus dan cecacing (worms).
Di dalamnya terdapat kaedah yang lebih terperinci untuk menghalang ancaman spyware dan review perisian-perisian percuma yang boleh dimuat turun melalui internet. Tetapi agak mengecewakan kerana penulis artikel tersebut tidak menekankan penggunaan Firefox sebagai satu langkah pencegahan spyware yang berkesan. (note: jangan guna IE!).
Siapa yang tidak kenal Afdlin Shauki? Berapa ramai yang tahu Afdlin Shauki ada blog? Haha… Aku dah lama tahu. Blog http://afdlinshauki.blogspot.com keluar di Majalah PC bulan ini. Wow! Blog aku bila Majalah PC nak keluarkan? Hehe…
Kemudian antara artikel yang menarik juga adalah mengenai BitTorrent, perisian pengagihan fail secara peer-to-peer (P2P). Penerangan terperinci bagaimana BitTorent berfungsi, asal-usul BitTorent dan banyak lagi…
Last but not least, saya tertarik membaca MIMOS GNU/Linux iaitu distribusi LINUX MALAYSIA, satu produk hasil dari pembangunan dan penyelidikan dari para penyelidik kumpulan Open Source dari MIMOS Berhad. MIMOS GNU/Linux dibangunkan berasaskan distribuasi Knoppix. Syabas untuk Open Source Team MIMOS Berhad!!! ![]()
Di hujung minggu begini alangkah baiknya sekiranya anda mengisi masa lapang dengan membaca Majalah PC keluaran bulan ini, taklah mahal RM4.80/senaskah. Chow! Nak baca MPC Bulan Ini…
Kepada editor MPC, harap bulan depan keluarkan lebih banyak artikel mengenai Sumber Terbuka… ![]()
# Dapatkan MPC Bulan Ini! Ini bukan promosi tetapi maklumat yang menarik untuk dibaca terdapat di dalamnya…
# AKU BENCI SPYWARE! AKU BENCI SPYWARE!
Posted on April 9th, 2006 by SMD
Filed under: Technology
I am a Free and Open Source Software lover, advocate. I would like to see Open Source grow, and more users being able to use and understand it. I would like to continue to become a part of this growing community, and to grow with it! 



Teruskan perjuangan murni anda.:)
Terima kasih MPCX
Con il Viagra crolla il lavoro degli andrologi: - 40%. (www.corrieredicomo.it) 10 voti postato 29 ore fa da Profilo prokofiev prokofiev301 comprare viagra
Kamagra, 100 mg Sildenafil, Tabletten Original Generika Viagra schneller diskreter Versand!! Zu verkaufen Berlin, Artikel verkaufen Berlin, Sonstiges, online viagra bestellen