Pulaukan Gula
Kalau isu gula hangat diperkatakan. Ini bukan satu isu. Lebih baik tiada gula. Dapat juga kita jaga kesihatan elak dari terkena jangkitan kencing manis dan sebagainya.
Pulau Pinang (Malaysia) – Kadar pengambilan gula di kalangan rakyat Malaysia adalah tertinggi di rantau Asia Tenggara iaitu purata 24 sudu teh sehari dalam makanan dan minuman berbanding purata 17 sudu teh sehari pada 1970. Ini menjadikan pengambilan gula bagi setiap orang dalam sebulan adalah sebanyak 3.6 kilogram. Menurut Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang, pengambilan gula berlebihan menyebabkan sebanyak lapan peratus daripada kanak-kanak di negeri ini mengalami obesiti (kegemukan) selain masalah kerosakan gigi yang serius. Di kalangan orang dewasa pula gula memburukkan lagi penyakit jantung, tekanan darah tinggi dan kencing manis.
Mingguan Malaysia, Ahad – 18 Julai 1999
# Pulaukan gula… yeah!