« Google Earth | Main | Balik Kampung... Ooo... Balik Kampung »

August 27, 2005

How To Be Rich Using Open Source?

Hari ni aku menghadiri satu ceramah Open Source sempena dengan Open Source Expo & National Hacking Competition. Di UiTM Shah Alam. Tajuk ceramah tersebut ialah "How to be rich using open source application". Ceramah telah disampaikan oleh Mr.Amran (Founder PHP.net.my). Mungkin ada di antara para pembaca di sini yg ingin tahu apa pengisian ceramah ni. Mr.Amran telah menyenaraikan beberapa open-source application yg boleh kita gunakan untuk menambahkan pendapatan. Antaranya ialah;

1. Blogging
Blog ialah online diary atau lebih dikenali dengan online journal, di mana penulis blog sering menceritakan hal peribadinya. Melalui blog ni kita boleh letak iklan atau menjual servis kita tanpa ada sebarang sekatan dr mana2 pihak.
# SuMarDi.net <<-- blog aku. sapa ada blog? :P

2. Komuniti
Membuka web komuniti di mana pengguna boleh berinteraksi di antara satu dengan yg lain. Penceramah bagi idea melalui web komuniti kita boleh sales services and etc.
# Komuniti XOOPS Malaysia <<-- aku start Komuniti XM August 2004.

3. Web Hosting
(Mungkin kategori ni keluar tajuk, tetapi penceramah ada bagi contoh ni). Menjual Domain & Web Hosting jugak boleh menjana pendapatan. Yg penting kita kena ada server atau menjadi reseller di tempat org.
# SMD Technology <<--- Siapa nak beli web hosting bleh lah cari aku? :P

4. E-Commerce
Jika kita tau apa yg kita nak jual, ada target market, marketing plan yg bagus, boleh lah start buat business E-Commerce (cth: http://www.lelong.com.my)
# bila aku nak start buat e-commerce? tahun depan... :P

5. Latihan
Menjual ilmu kita dengan org lain. Terutama sekali mengajar ilmu "open source" kpd org lain. Bayaran yg hangat?
# Pernah buat kursus...

Selepas menghadiri ceramah ni aku ada jgk masuk sekejap ke Dewan Annex UiTM tgk National Hacking Competition bagi kategori Forensic Challenge. Personally, aku ucapkan syabas buat my friends yg involve menjayakan acara ni. Nice Work Guys! Thumbs up to u all... Pd yg belum pegi tu, come and support!
Ref: http://www.tmsk.uitm.edu.my/~oshack

Pastu aku pegi Expo MyUiTM di padang UiTM... Expo ni sikit sangat org... Mcm kurang publisiti nampaknya... mula2 aku pikir nak ambil gambar, tapi takda mood plak tetiba sebab expo tu takda org. Aku pegi sana pun nak ambik baju jak...

# Insyallah, next year XOOPS Malaysia akan ikut serta memeriahkan OSHack. :D
# Kaya ilmu pun dah cukup...

Posted by SMD at August 27, 2005 05:50 PM

Comments

Wah! bestla sapa duduk uitm.

SMD : Best.. :p

Posted by: mdza at August 27, 2005 09:20 PM

Ceramah pd ptg tu agak menarik!! Cara penyampaian sungguh bernas dan saya terhibur. Thanks To Mr Amran for the information bout Php

Posted by: Fariz at August 29, 2005 05:09 PM

Tronoh Mines (Team yang menang first place for both Forensic and Capture the flag challenge) is my best friend! Congratz to UTP hackers!!

Posted by: Bob at September 2, 2005 10:46 AM

Assalamualaikum...
interesting!! Good job...tp msh ramai yg tak th psl openSource function kat luar sana...konon .net application more easier than openSource lah kan...ok..nice job..

Posted by: ain at September 5, 2005 06:24 PM

walaikumsalam ain. thanks for visiting my blog... happy visiting! :D

Posted by: SMD [TypeKey Profile Page] at September 5, 2005 06:52 PM

that talk isn't that interesting. The Speaker may have to practice more on his public speaking skills. great contents hampered by his delivery.

Posted by: laksamana at September 13, 2005 08:46 PM

Post a comment




Remember Me?

(you may use HTML tags for style)