« Streamyx Problem! | Main | Panduan "AKU BENCI SPYWARE!" »

November 25, 2005

Kempen "AKU BENCI SPYWARE!"

Kita sering mendengar kempen-kempen membenci DADAH, RASUAH, MEROKOK dan sebagainya. Tetapi tidak pernah kita dengar kempen membenci SPYWARE. Jadi, aku nak mulakan kempen "AKU BENCI SPYWARE!".

Sebulan lepas aku menulis mengenai Bahayanya Spyware (Part 1 & Part 2).
Sudah tentu banyak sebab kenapa kita HARUS membenci spyware:

1. Ia adalah "Hidden-Killer" (spt: pembunuh senyap) yang mungkin hidup & membiak di komputer kita. Menurut Webroot's and EarthLink's Spy Audit programs, 90% komputer yang connect ke Internet berpotensi menjadi penyebar/pembiak spyware.
2. Ia juga adalah "Toyol-Siber" alaf baru. Pembuat/penyebar (dengan sengaja) adalah PENCURI. Spyware a.k.a "Toyol-Siber" di arahkan oleh penciptanya untuk mencuri maklumat sulit seperti username, password, maklumat bank dan sebagainya di dalam komputer kita.
3. Ia adalah "Makhluk-Yang-Bukan-Makhluk" pemusnah No.1 di dunia sekarang. (lebih bahaya daripada virus & kaum kerabatnya).
4. Ia merupakan "useless-piece-of-software" yang menyebabkan kita terpaksa membuang masa menggunakan komputer yang lembab di sebabkan spyware, membuang masa menghapuskan spyware, membuang masa melihat benda-benda yang tidak berfaedah dan sebagainya. Pendek kata, ia pencuri masa kita.
5. Ia adalah "Musuh-Dalam-Selimut". Spyware ini seperti "Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi". Mungkin kita sangkakan sesetengah perisian itu berguna, tetapi ia sebenarnya perosak. Self-Protection & Knowledge adalah penting.

Ayuh! Kita gerakkan kempen "AKU BENCI SPYWARE!", sebarkan mengenai kempen "AKU BENCI SPYWARE" ini di dalam blog anda. Jika anda adalah masyarakat yang prihatin untuk menyokong kempen ini, anda juga harus berkempen. Entri selepas ini, akan aku tulis mengenai cara berkesan mengelak daripada SPYWARE!

UPDATE:
[12:27pm] - PANDUAN KESELAMATAN "AKU BENCI SPYWARE!"

# AKU BENCI SPYWARE!

Posted by SMD at November 25, 2005 03:18 AM

Trackback Pings

TrackBack URL for this entry:
http://www.sumardi.net/mt/mt-tb.cgi/106

Comments

So SMD...

anti spyware apa yang kor rekemenkan? SND ngan lavasoft?

Posted by: doBot at November 25, 2005 04:34 AM

ni off topik sket..aku punya link d blog ko ni ada error..hehe

TQ

Posted by: LAi at November 25, 2005 05:59 AM

Posted by: wawa at November 25, 2005 09:38 AM

aku pun benci spyware... aku juga benci peepingware... hehehehe...secara pribadi, spyware ni blum bagi apa² kesan yg teruk pada ku... tapi pada industri, uiinaaa teruk la.... nasip ada anti- dan angkel- spyware... ahaks...

Posted by: Alb at November 29, 2005 10:43 AM

akku benci sebab ..melembabkan pc aku.lepas tu sesetengah spyware tu siap ajak member2 dia masuk pc .. (download spyware lain wat masuk.)

skang ni aku hanya suka pakai:
microsoft spyware beta
spy-bot search and destroy
hijackthis - http://castlecops.com/HijackThis.html

Posted by: s4femod3 at December 19, 2005 10:32 AM

Post a comment




Remember Me?

(you may use HTML tags for style)