« Embun Di Hujung Rumput | Main | Tempat Makan Jangan Diberaki »
April 06, 2006
Masalah Kritikal Internet Explorer!
Tak habis-habis masalah Internet Explorer ni. Ish Ish... Cerita IE ni sama mengingatkan saya dgn cerita seorang artis tempatan yang digelar "Raja Undi SMS" itu. Satu ketika dulu, orang kata Suara sumbang mcm mana pun, orang tetap sokong & undi dia. Begitu juga lah Internet Explorer, buruk mcm mana pun IE, tak selamat mcm mana pun IE, orang tetap akan klik pada ikon biru bersimbolkan E itu... Kenapa ya?
Huh... Berbalik kepada cerita asal... Kali ini cerita mengenai satu kelemahan IE yang amat kritikal. Kelemahan ini membenarkan web yang di layari untuk "testrun" apa-apa aplikasi atau program ke atas komputer yang melayari web tersebut. Pheww... Dashyat bunyi dia tu...
Biarpun saya bukan lagi pengguna TETINGKAP WINDOWS, tetapi saya masih perihatin untuk "educate" pengguna windows untuk berhati-hati. Thanks to Encik Ali (Pensyarah UiTM) coz pointing me to this problem. En. Ali telah menyediakan Demo, Proof-Of-Concept (POC) untuk kelemahan Internet Explorer kali ini. Sebagai demo klik link di bawah:
Encik Ali Menulis - "Di dalam demonstrasi di atas, laman web cuma mengujilari aplikasi kalkulator tetapi sudah ada laman-laman web di luar yg menggunakan kelemahan ini untuk memasang "Spyware" dan "Bot" kawalan jauh untuk digunakan bagi tujuan penafian perkhidmatan/nafi khidmat (Denial of Service - DoS)."
Sebagai langkah keselamatan anda boleh bertukar browser ke FIREFOX. Biarpun bugs ini sudah ada PATCH tetapi saya lebih menyarankan anda menggunakan MOZILLA FIREFOX. LEBIH SELAMAT & PANTAS.
Diharap entri kali ini akan mengubah hidup anda yang masih menyokong penggunaan INTERNET EXPLORER dan beralih kepada FIREFOX. Kerana.... AKU BENCI SPYWARE!
# Kalau saya prihatin tentang isu ini, kenapa tidak anda?
Posted by SMD at April 6, 2006 03:53 PM
Trackback Pings
TrackBack URL for this entry:
http://www.sumardi.net/mt/mt-tb.cgi/196
Comments
kalo pakai maxthon camne lak...??aku klik link tu takleh bukak pasal AV aku detect trojan...
Posted by: boya at April 6, 2006 07:30 PM
aku sokong IE. aku support IE. Aku support microsoft! :P
Posted by: pet at April 6, 2006 07:40 PM
I hv changed to firefox started from year 2006..but not fully utilized since few applications cannot be run unless using i.e..why so?
Posted by: ZuraZuzu at April 7, 2006 12:13 AM
ZuraZuzu: What you can do is... set your Firefox as your default browser. Tools -> Options -> General Tab. Hope thats help.
Happy Firefoxing Guys...
Posted by: SMD
at April 7, 2006 12:26 AM